Terpaksa huni rumah reput

KUALA KETIL– Sebuah keluarga dari Kampung Bukit Batu Lintang berharap rumah dhaif dihuni mereka dapat dibaik pulih melalui perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Halijah Osman,57, berkata, rumah berkenaan dihuninya bersama suami, Abdul Malik Saad,59, serta tiga anak dengan salah seorangnya masih bersekolah.

Menurutnya, beberapa bahagian bumbung rumah berkenaan telah lama bocor manakala binaan rumah asal yang dibina pada tahun 1988 semakin reput.

“Saya dan suami menoreh getah, jika ikutkan pendapatan kami tak mampu nak membaiki rumah ini.

Halijah menunjukkan bahagian atas rumah yang reput

“Jika hujan kami terpaksa sediakan banyak bekas untuk menadah air yang mengalir masuk ke dalam rumah,”katanya kepada Rentas7.com.

Halijah menunjukkan bahagian bumbung bocor

Halijah berkata, enam lagi anaknya menetap di luar dan sudah berkahwin, namun komitmen keluarga termasuk pendapatan mereka yang terhad menyukarkan rumah berkenaan dibaik pulih sepenuhnya.

“Untuk keselesaan, anak- anak pernah cuba bina ruang tambahan, namun tak mampu untuk disiapkan.

Bahagian tambahan rumah Halijah terbengkalai

“Permohonan pada LZNK telah dibuat baru-baru ini. Saya berharap pihak zakat dapat mempertimbangkannya,”katanya.

Tinjauan Rentas7.com mendapati selain bumbung bocor, struktur dinding dan lantai berkayu telah reput dan mengundang bahaya.

Orang ramai ingin membantu boleh menghubungi keluarga ini di talian 01114851241 atau 019-7447154.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.