COVID-19:Larangan beribadah dalam masjid di Patani ditarik semula

Surat dikeluarkan MAIWP pada 2 Mei

PATANI-Majlis Agama Islam Wilayah Patani (MAIWP) menarik semula larangan beribadat di masjid akibat penularan wabak COVID-19 selepas mengambil kira pandangan masyarakat Islam Patani.

Melalui surat rasmi yang dikeluarkan majlis berkenaan pada 2 Mei, masyarakat Islam dibenarkan untuk beribadat di seluruh masjid dalam wilayah Patani.

Sebelum ini MAIWP mengeluarkan arahan tidak membenarkan umat Islam beribadat di masjid mulai 30 April akibat peningkatan kes COVID-19.

Selepas mengambil kira suara masyarakat Islam Patani, satu mesyuarat tergempar diadakan MAIWP dengan Jawatankuasa Agama Islam Wilayah Patani, wakil masjid pada 2 Mei.

Hasil daripada mesyuarat, pihak berkuasa agama membenarkan umat Islam melaksanakan ibadah di masjid namun dengan pemantauan pihak kesihatan, pemimpin tempatan kariah dan pelaksaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Mesyuarat juga memutuskan penilaian berkala diadakan di seluruh masjid, mana-mana masjid yang melanggar SOP selepas ini juga tidak akan dibuka kepada jemaah buat sementara waktu.

Sebelum ini, masyarakat Muslim menuntut supaya mereka dibenarkan beribadah dalam masjid terutamanya dalam Ramadan ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.