SUNGAI PETANI – Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato’ Dr Mustaffa Idrus telah dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar bagi sesi 2026/2027. Pelantikan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Agung PIBG sekolah berkenaan yang berlangsung pada 8 Februari lalu, dengan kehadiran lebih 300 orang ibu bapa ...
PETALING JAYA, Malaysia, (Bernama) -- Festival Makanan, Budaya dan Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia Ke-3, atau lebih dikenali sebagai Pasar Eatai, secara rasmi membuka tirainya pada 25 Disember 2025 di 1 Utama Shopping Centre (E-Street), sekali gus menghimpunkan masakan Cina Muslim mesra Chinese Muslim Food, warisan budaya serta suasana pasar yang meriah untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Festival yang berlangsung ...
KUALA LUMPUR -Seorang pempengaruh sempat melambai tangan sebelum 'ditelan buih-buih' dalam sebatang anak sungai di kawasan hutan gambut. Video lelaki itu ‘ditelan’ telah mencecah 1.1 juta tontonan di Facebook. Bagaimanapun, lelaki yang sangat dikenali dengan kandungan berkaitan sains dan alam sekitar itu bukanlah benar-benar ditelan. Sebaliknya, beliau menyelam ke dalam buih-buih berkenaan ketika melakukan penerangan berkaitan fenomena tersebut. Meskipun ...
YAN– Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Mustaffa bin Idrus menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Darjah Akademia Doktor Kehormat Persilatan oleh Akademi Persilatan Sedunia (APS), kelmarin. Menurut kenyataan APS, penganugerahan itu diberikan selepas pihak Senat Akademi meneliti pencapaian serta sumbangan beliau dalam bidang kesenian, budaya dan warisan bangsa, khususnya dalam usaha memartabatkan persilatan Melayu di peringkat global. Dengan penganugerahan tersebut, Dato’ Muhamad ...
SUNGAI PETANI-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah mengecam keras tindakan pihak berkuasa yang mengambil 37 lot rumah teres milik penduduk Melayu di Kampung Sungai Baru atas nama pembangunan. Pengerusi PAMM Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, tindakan tersebut merupakan satu bentuk penindasan terhadap kaum Melayu yang semakin dipinggirkan, sedangkan kaum lain diberi pembelaan dan perhatian. Menurut beliau, penduduk Melayu ...
Laporan: Elias KUALA KETIL-Andai kata semangat patriotik dalam kalangan anak muda negara ini semakin hilang, khususnya kepada golongan yang sengaja memasang bendera Malaysia secara terbalik, ia ternyata tidak berlaku kepada para pemuda Kampung Tembak B. Siang tadi, mereka dengan penuh sukarela berganding bahu memasang dan menggantung Jalur Gemilang di sekitar kampung sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini. ...
BALING– Suasana kampung Seberang Baling hari ini meriah dengan penganjuran program memasak bubur Asyura sempena sambutan 10 Muharam 1447H yang diadakan secara gotong-royong bersama penduduk. Program ini menghimpunkan warga penduduk termasuk penyertaan istimewa dari anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling yang turun padang menyantuni masyarakat. Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi JPKK Kg Seberang Baling, Dato’ Halim bin Harun serta ...
Laporan: Ilyas Salleh KUALA KETIL– Sempena sambutan 10 Muharam 1447H, Surau Al-Barakah Tembak B menjadi lokasi pengisian rohani dan kebersamaan apabila seramai 30 Muslimat PAS cawangan Tembak B bergotong-royong menjayakan program memasak bubur Asyura pagi tadi. Program tahunan ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah memperkukuh ukhuwah dalam kalangan ahli jemaah dan penduduk setempat. Seusai mengacau bubur Asyura secara ...
KUALA LUMPUR– Persatuan Pertubuhan Aktivis Masyarakat Malaysia (PAMM) menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Sleep Apnea Malaysia dalam membantu menyelamatkan nyawa ramai pemandu daripada 'micro sleep' (terlelap seketika ketika memandu) dan kelesuan. Pengerusinya, Dato' Mustaffa Idrus berkata, kerjasama dalam bentuk program kesedaran itu akan membantu orang ramai mencegah micro sleep. Menurutnya, micro sleep adalah pembunuh senyap yang boleh terkena kepada sesiapa saja, ...
KUALA LUMPUR– Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad banyak mengubah wajah Malaysia yang sebelum ini mundur kepada negara sedang membangun. Di usianya yang genap 100 tahun pada tahun ini, jasa dan kebaktian negarawan ulong ini sentiasa dikenang oleh rakyat negara ini dan luar. Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, pemimpin-pemimpin baharu wajar belajar daripada Tun Mahathir tentang ...













