BALING -Kerja-kerja tanah bagi membesarkan susur keluar di Jalan Kemajuan Pekan Baru Kupang, Kedah, bermula hari ini selepas permohonan penambahbaikan laluan itu diluluskan oleh pihak berkaitan.
Pegawai Kawasan Zon 1 Kupang, Mohd Syahar Barkat AliĀ ( gambar) berkata, permohonan berkenaan dikemukakan melalui Jabatan Kejuruteraan bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku di laluan keluar tersebut.
Menurutnya, pembesaran susur keluar itu dijangka dapat melancarkan pergerakan kenderaan, sekali gus mengurangkan kesesakan yang dihadapi pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.
“Pelaksanaan kerja-kerja tersebut merupakan tindakan susulan terhadap aduan awam yang diterima berkaitan keadaan laluan keluar di Jalan Kemajuan Pekan Baru Kupang.
“Penambahbaikan itu diharap dapat memberikan kemudahan lebih baik kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya yang melalui kawasan Pekan Baru Kupang,”katanya.
Beliau berkata, kerja-kerja berkenaan akan diteruskan sehingga siap, dengan manfaatnya dijangka dapat dinikmati oleh pengguna jalan raya selepas laluan tersebut boleh digunakan sepenuhnya.
“Isu ini juga telah disuarakan Adun Kupang, YB Dato’ Haji Najmi Ahmad dan Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan Saad sebelum ini untuk semua pihak memberikan perhatian,”katanya.
RENTAS7








Leave a Reply