KUALA LUMPUR-Permainan serba tidak menjadi punca kekalahan 4-0 skuad negara di tangan Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel Dubai awal pagi tadi. Di sebalik kekalahan memalukan itu, pemain naturalisasi kebangsaan Guilherme De Paula seakan menjadi duri dalam daging bagi Harimau Malaya apabila beraksi longlai sepanjang tempoh permainan. ...

KUALA LUMPUR-Pemain berdarah campuran Malaysia- Belgium Dion Cools sah menjadi pemain ke-26 skuad kebangsaan bagi mengharungi baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Haji ­Hamidin Mohd Amin di Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini. Sebelum ini sebuah video pendek Hamidin yang membuat gimik sedang menunggu ...

KUALA LUMPUR- Skuad Harimau Malaya mempunyai peluang menyaingi Emeriah Arab Bersatu (UAE) sekalipun tewas 2-0 kepada Bahrain dalam perlawanan persahabatan malam tadi. Walaupun turut kecundang 4-1 sebelum ini kepada Kuwait, keputusan itu tidak boleh dijadikan ukuran sebenar kekuatan Harimau Malaya ketika ini. Berdasarkan corak permainan ditampilkan malam tadi, skuad kebangsaan mampu mengharungi baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala ...

TOKYO- Pasukan ranking pertama Asia, Jepun membelasah Myanmar 10-0 tanpa belas kasihan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 202 dan Piala Asia di Stadium Fakuda Denshi Arena sebentar tadi. Jepun memulakan pesta gol dengan empat gol di separuh masa pertama sebelum menambah enam lagi gol pada separuh masa kedua. Takumi Minamino meledak gol pertama Jepun pada minit ke 8 sebelum menambah ...

KUALA LUMPUR- Aksi perlawanan persahabatan skuad kebangsaan bertemu Bahrain pada Sabtu ini bakal disiarkan secara langsung di TV1. Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengesahkan perlawanan itu akan ditayang bermula jam 12.15 malam hingga dua pagi. Pastinya pengumuman itu menggembirakan peminat setia pasukan kebangsaan. Malaysia yang dalam persediaan bertemu tuan rumah, Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan ...

KUALA LUMPUR- Harimau Malaya perlu menggunakan peluang menentang Kuwait dalam perlawanan persahabatan malam esok sebagai misi membalas dendam terhadap pasukan itu. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2006. Malaysia tewas dalam kedua -dua perlawanan yang diadakan pada 31 Mac 2004 di gelanggang sendiri dan 17 November 2004 di gelanggang lawan. Skuad kebangsaan yang ketika itu ...

ALOR SETAR-Perlawanan JDT menentang Kedah di Stadium Darul Aman Alor Setar pada 24 Mac ini akan diadakan tanpa penonton. Keputusan itu diputuskan Malaysian Football League (MFL) ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kota Setar. "Berdasarkan pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKP dilakukan di beberapa daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, ...

  KUALA LUMPUR- Tiga venue dan waktu sepak mula membabitkan skuad kebangsaan pada baki akhir perlawanan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 dimuktamadkan. Memetik sumber Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Asian Football Confederation (AFC) menetapkan aksi melibatkan Harimau Malaya di Stadium Zabeel dan Stadium Al Maktoum di Emeriah Arab Bersatu (UAE). AFC telah mengesahkan venue & ...

KUALA LUMPUR-Seorang lagi pemain muda dari Malaysia berkelana ke luar negara bagi menimba pengalaman. Memetik Sumber daripada Harimau Abroad, Amar Makruf, bekas pemain Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) FC akan menyertai kelab Sepanyol, AD Alorcon. Amar yang juga bekas pemain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi akan beraksi bagi pasukan bawah 23 tahun. AD Alorcon bermain dalam Diviseyen Dua ...

KUALA LUMPUR-Hampir keseluruhan pemain skuad kebangsaan telah menerima suntikan vaksin bagi dos pertama, semalam. Menurut laporan Sinar Harian, para pemain termasuk ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe pegawai pasukan menerima suntikan di Dewan Seri Seroja Persiaran Diplomatik Putrajaya. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain yang sedang beraksi di luar negara pula tidak akan menerima suntikan di Malaysia. Menurutnya, mereka ...