Malaysia fokus latihan hadapi Vietnam

Malaysia tiada pilihan lain untuk layak ke Piala Asia melainkan menang dalam dua aksi akhir

KUALA LUMPUR-Skuad Harimau Malaya meneruskan latihan bagi menghadapi perlawanan hidup mati menentang Vietnam pada 11 Jun ini.

Di bawah jurulatih kecergasan, Martin Stano, pemain memulakan latihan dengan sesi ‘Enchance Performance Exercise’ di hotel penginapan pasukan di Dubai pagi tadi.

Martin berkata, sesi latihan berkenaan penting bagi memastikan kecergasan pemain pulih selepas bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selain itu menurutnya, latihan itu penting bagi pengaktifan otot supaya bersedia menjalani latihan dan menghadapi perlawanan seterusnya.

Malaysia tiada pilihan lain untuk layak ke Piala Asia melainkan menundukkan Vietnam dan Thailand selepas ini.

Vietnam berada di tangga teratas dengan 11 mata manakala Malaysia yang berkongsi 9 mata bersama UAE dan Thailand berada di kedudukan keempat.

Indonesia dengan satu mata setakat ini di tangga tercorot kumpulan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.