SANDAKAN- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan menjadi wira penyelamat kepada wanita sarat mengandung melahirkan anak, semalam. Zon Maritim bertindak memberikan bantuan logistik kepada pasukan perubatan dari Hospital Duchess Of Kent, Sandakan ke Kampung Tundun Bohangin. Aminah Ottoh, 35, selamat melahirkan anak perempuan pada jam 10 pagi selepas menerima rawatan pasukan perubatan. Sebelum itu, Bot Banggi 44 yang membawa pasukan ...
KLANG - 15 JULAI 2020: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor telah berjaya mengesan dan menyita tapak haram pembuangan sisa toksik dan bahan terjadual berbahaya. Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tapak berkenaan dipercayai telah beroperasi lebih 3 bulan yang lalu iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan. Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan dan intipan yang dijalankan ...
SUNGAI PETANI- Sebanyak 34 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) terlibat dalam sesi persekolahan semula hari ini. Pembukaan pertama selepas sekolah ditutup akibat penularan wabak COVID-19 pada 18 Mac lalu melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4. Exco Pendidikan Kedah, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, jumlah keseluruhan pelajar terlibat bagi sesi kali ini adalah seramai 7155 orang ...
KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Muhammad Yassin semalam mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Sains Negara bagi tahun 2020 yang memperincikan mengenai dasar, cabaran serta hala tuju masa depan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju, berteknologi tinggi dan dalam usaha- usaha mentransformasikan negara sebagaipengguna teknologi kepada pembangun teknologi. Dalam ucapan pembukaannya, YAB ...
KUALA LUMPUR-Pengurusan tertinggi syarikat pelaburan yang bekerja di negara ini tidak dibenarkan pulang ke negara ini jika bercuti ke luar negara. Tindakan itu bagi memastikan Malaysia bebas penularan wabak COVID-19 termasuk berlaku adil kepada rakyat negara ini yang dikenakan larangan serupa. Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat permohonan dibuat oleh pengurusan tertinggi syarikat berkaitan yang bekerja ...
SUNGAI PETANI-Undi tipis menukar Speaker memberikan isyarat kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu membubarkan Parlimen. Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, keputusan itu memberikan mesej kerajaan PN tidak stabil "Perkara ini akan turut memberikan kesan kepada para pelabur. Jika ini berterusan ekonomi negara akan terjejas. "Kita harapkan kerajaan segera atasi kebimbangan ini dengan membubarkan Parlimen. Kita kembalikan kestabilan kerajaan ...
KUALA LUMPUR-Perbezaan hanya dua undi memberikan isyarat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan bagi mengukuhkan kerajaan yang memerintah. Saranan itu dibuat Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir. Khairil Nizam Khirudin. Khairil berkata, pemuda PAS menyokong pertukaran speaker Dewan Rakyat dan lebih menyokong jika kerajaan mengadakan PRU-15 seawal yang boleh. Beliau berkata, Pemuda PAS mengambil maklum berkenaan penukaran Speaker Dewan ...
KUALA LUMPUR-Kejayaan melulus usul menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan 111 menyokong berbanding 109 menentang membuktikan Perikatan Nasional (PN) bukan kerajaan pintu belakang. Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kejayaan usul ini sekaligus merupakan satu simbolik bahawa Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk meneruskan pentadbiran. "Tiada lagi istilah kerajaan pintu belakang. Tidak perlu lagi mempertikaikan keabsahan ...
ALOR SETAR-Seramai 40 belia menyertai kursus berniaga secara dalam talian (online) di Dewan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sungai Limau semalam. Kursus dianjurkan secara percuma oleh PKWR Sungai Limau itu bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang. Para peserta yang terdiri daripada lelaki dan wanita diajar kaedah berniaga menggunakan aplikasi Facebook ads, Shoppe dan Lazada. Kursus berkenaan disampaikan usahawan berjaya dari ...
BALING - Kaki kanan seorang lelaki terbelah dan tulangnya retak apabila terkena bilah mesin rumput yang patah dan terpelanting mengenainya. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi di Kampung Landak semalam. Mangsa, Abdullah Ahmad, 59, berkata, ketika kejadian dia terlibat dengan gotong royong membersihkan parit bersama-sama penduduk kampung. "Tiba-tiba bilah mesin rumput terkena batu sebelum patah dan terpelanting ke arah kaki ...













