APMM jadi hero, bayi comel selamat dilahirkan

Wanita berkenaan dibantu APMM dan pasukan perubatan

SANDAKAN– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan menjadi wira penyelamat kepada wanita sarat mengandung melahirkan anak, semalam.

Zon Maritim bertindak memberikan bantuan logistik kepada pasukan perubatan dari Hospital Duchess Of Kent, Sandakan ke Kampung Tundun Bohangin.

Aminah Ottoh, 35, selamat melahirkan anak perempuan pada jam 10 pagi selepas menerima rawatan pasukan perubatan.

Sebelum itu, Bot Banggi 44 yang membawa pasukan perubatan, Jururawat Masyarakat
tiba di jeti Kampung Tundun Bohangin jam 9.45 pagi.

Bayi comel wanita berkenaan dilahirkan dengan selamat

Bayi comel bersama ibunya dibawa menaiki ambulans ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan bagi mendapatkan rawatan susulan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.