SEMPORNA- Ustaz Ebit Lew boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun sekiranya meneruskan niat membantu penduduk di pulau-pulau sekitar Semporna. Tampil dengan pengakuan mengejutkan itu, Ustaz Ebit memohon kepada penduduk yang telah diIslamkannya kerana tidak dapat membantu mereka. "Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan ...

KUALA LUMPUR-Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) kini dikenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berkuat kuasa serta merta. Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Sehubungan itu, bagi urusan rasmi dan surat menyurat boleh menggunakan maklumat perhubungan seperti berikut: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F Lebuh Perdana Timur, Presint 1 62000, Putrajaya Tel : 03-8871 7730 (Pusat Panggilan SPP) 03-8000 ...

SEMPORNA- Seramai 490 penduduk dari empat buah kampung di sini mengucapkan dua kalimah syahadah, semalam. Kaum Bajau Laut itu diislamkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang terlibat dengan misi kemanusian di Sabah. Sehari sebelum itu, seramai 157 penduduk di Pulau Tatagan yang didakwah Ustaz Ebit memeluk Islam. "Menangis bahagia sangat di Semporna 2 hari disini dapat 490 orang masuk Islam ...

LUMUT- Hasrat 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba mendarat di negara ini secara haram dipatahkan, malam semalam. Tongkang yang membawa kesemua PATI berkenaan dihalang Bot RHIB R 2007 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bot RH 10 dan Seahawk milik Pasukan Polis Marin (PPM) dan Bot Penggalang 41 milik Agensi Pengutkuasa Maritim Malaysia (APMM). Bahagian Komunikasi ...

KULIM-Ibarat seperti tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)! itu suasana di salah sebuah pasaraya terkemuka dalam daerah ini apabila sesak dengan orang ramai, hari ini. Tinjauan mendapati rata-rata pengunjung membeli barangan keperluan dapur. Majoriti pengunjung yang hadir dilihat membawa pasangan mahupun ahli keluarga yang lain. Tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi di daerah ini. Ia ...

KULIM-Demi mencari rezeki yang halal, seorang wanita sanggup berjalan kaki dengan bekerja sebagai penghantar makanan. Kisah wanita dikenali sebagai Adik Lin itu tular di media sosial dan meruntun hati netizen. Menerusi status dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Solihah Md Radzi, dia terbaca kisah Adik Lin yang tiada kenderaan untuk berulang alik mencari rezeki. Menurutnya, wanita berusia 22 tahun itu ...

KUALA LUMPUR-Malaysia mengadakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan membabitkan beberapa kapal perang dan sebuah helikopter. Kapal Diraja (KD) Kedah, KD Keris, KD Pari dan KD Ganas serta Helikopter EC725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pengkalan Udara Labuan digerakkan bagi Perang Borneo 1/21 itu. Menurut posting Markas Pemerintahan Armada Timur di Facebook hari ini, latihan bertujuan menguji ketangkasan ...

KUALA LUMPUR-Angka kematian di negara ini disebabkan wabak COVID-19 meningkat kepada 717 kes secara keseluruhan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 10 kematian termasuk satu bukan warganegara dilaporkan hari ini. Menurutnya, kes berkenaan melibatkan 7 pesakit lelaki dan tiga wanita Pesakit paling muda direkodkan sebagai lelaki berumur 32 tahun dan paling tua melibatkan wanita berusia 89 tahun. Lapan daripada kes kematian ...

KOTA TINGGI- Cubaan17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia masuk ke negara ini secara haram dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), malam tadi. Mereka ditahan di Pantai Teluk Pungai, Kota Tinggi dalam sektor Op Benteng Infantri Malaysia (7 Briged) oleh Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen). Sel Perhubungan Raya, Divisyen Ketiga Infantri Malaysia berkata, dalam operasi itu, Sistem Pengawasan Maritim ...

KUALA LUMPUR-Inisiatif Rakan Kerjasama Strategik Komprenhensif (CSP) antara Australia-Malaysia mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah negara. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, CSP memberi peluang kepada Malaysia dan Australia menjalinkan kolaborasi dalam pelbagai bidang baru. "Antara lain, ekonomi digital; pertanian dan sekuriti makanan, pengurusan bencana dan kesihatan awam, kesihatan mental, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI); alam sekitar; dan pemerkasaan ...