Teruknya jalan Gerik-Titiwangsa

Jalan bertampung sebegini bagi laluan Gerik-Titiwangsa sudah dikira baik walaupun ia sepatutnya diselenggara lebih elok berbanding bahagian jalan yang dibiarkan berlubang hingga kini

GERIK– Tarikh PRU-15 sudah diumum, tetapi malang keadaan jalan Grik – Pantai Timur masih berada di tahap mengecewakan dan mengundang maut kepada rakyat Malaysia.

Tinjauan mendapati pihak berkenaan telah mengambil tanggungjawab menurap beberapa bahagian jalan di beberapa lokasi.

Namun, keadaan jalan di antara Tasik Banding dengan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Titiwangsa Masih teruk seperti selalu.

Kebanyakan permukaan berlubang, tidak sekata dan tidak diselenggara.

Keadaan itu memberikan kesan buruk kepada pengguna jalan raya khususnya motosikal dan kereta.

Lubang-lubang tidak ditampung boleh merosakkan tayar kereta manakala penunggang motosikal terdedah dengan kemalangan.

Jalan Gerik-Titiwangsa dilalui rakyat di utara Semenanjung berikutan ia jalan utama ke sana.

Keadaan jalan menggambarkan betapa lemahnya pentadbiran kerajaan yang sudah beberapa kali bertukar ganti.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.