Alhamdulillah dapat dah sumbangan peralatan pembesar suara

KUALA KETIL – Surau Al Barakah Kampung Tembak B menerima sumbangan tunai daripada orang ramai bagi membeli set lengkap pembesar suara.

Ahli Jawatankuasanya, Ilyas Salleh berkata sumbangan itu membolehkan azan dilaungkan menggunakan pembesar suara seperti biasa setelah peralatan itu dicuri kira-kira dua minggu lalu.

“Kami mendoakan semua yang menyumbang sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah,” katanya hari ini.

Pada 31 Ogos lalu RENTAS7 melaporkan Surau Al Barakah Kampung Tembak B memerlukan sumbangan set lengkap pembesar suara yang dicuri sebelum itu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.