RENTAS7 sumbang buku kepada Maahad Tahfiz

Mohd Zukhi kiri menyampaikan sumbangan kepada Mudir Maahad Tahfiz Al Naim, Haji Talib Yaakob

KUALA KETIL – Demi mengangkat martabat Bahasa Melayu, RENTAS7 menyampaikan sumbangan sejumlah buku novel dan puisi kepada Maahad Tahfiz Al Naim di sini hari ini.

Jurucakapnya, Mohd Zukhi Ghazali berkata, buku-buku Bahasa Melayu berkenaan disumbangkan menerusi progam’ Semarak Bahasa Ibunda’.

Menurutnya, sumbangan buku-buku tersebut kepada RENTAS7 oleh Novelis Singapura, Bunda Rohani Din.

“Buku-buku ini diamanahkan oleh Novelis dari Singapura, Bunda Rohani Din kepada kami untuk disampaikan kepada Maahad Tahfiz atau mereka yang berminat dengan bacaan buku.

“Maka kami memilih Maahad Tahfiz Al Naim untuk menerima sumbangan ini termasuk kepada beberapa individu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, aktiviti seperti itu akan diteruskan lagi dalam masa terdekat.

“Insya Allah, kita akan meneruskan progam ‘Semarak Bahasa Ibunda’ kepada beberapa lagi tempat yang telah dikenal pasti.

“Tujuan utama program ini bertujuan menyemai sikap membaca buku dalam kalangan masyarakat sekaligus mengangkat martabat Bahasa Ibunda,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zukhi menyampaikan sumbangan tersebut kepada Mudir Maahad Tahfiz Al Naim, Talib Yaakob.

Judul-judul buku tersebut ialah ‘Kemelut Hati’, ‘Bahtera Besar Siapa Punya’ dan ‘Mencanting Sayang’.

Mereka berminat untuk menyumbangkan buku bagi program ‘Semarak Bahasa Ibunda’ boleh menghubungi Mohd Zukhi Ghazali di talian 017-5333107.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.