SUNGAI PETANI- Seorang lelaki parah selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke bahu jalan dan terbakar. Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 104, Lebuhraya utara selatan, arah selatan Sungai Petani, malam tadi. Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.05 malam. "Makluman dari Komander Operasi terdapat seorang mangsa lelaki anggaran umur dalam lingkungan 40 tahun. "Mangsa mengalami kecederaan parah ...
KUALA LUMPUR-Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menuntut pemandu mabuk yang melanggar mati Koperal Safwan Muhammad Ismail,31, dikenakan hukuman paling maksimum. Abdul Hamid berkata, lelaki itu hasil siasatan pihaknya didapati cuai dan berada dalam pengaruh alkohol. "Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan dan saya berharap dia akan dikenakan hukuman maksimum atas perbuatannya sebagai pengajaran supaya tidak berulang ...
KENINGAU- Wanita Indonesia ditemui meninggal dunia oleh orang awam di kuarters kilang di Jalan Ulu Patikang semalam. Mangsa berusia 45 tahun ditemui dengan keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di badan. Wanita malang itu ditemui pada jam 2.30 pagi dalam keadaan terbaring di pintu masuk ke rumahnya, lapor Sabah News Today (SNT). Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahudin Mat ...
BALING-Seorang penternak kambing pengsan selepas motosikal ditunggangnya dirempuh oleh seekor babi hutan di Kampung Cherok Landak . Kejadian itu berlaku pada 28 Januari lalu jam 3.45 petang . Mangsa, Suhaimi Jasmi,57, berkata, dia yang menunggang motosikal jenis Dash ketika itu dilanggar babi berkenaan secara mengejut. "Akibatnya saya pengsan dan mengalami kecederaan di seluruh badan dan menerima rawatan di Hospital Sungai ...
KUALA- LUMPUR-Sebuah restoran yang terkenal dengan gelaran ‘kedai kopi korek’ dan sebuah rumah urut terkenal dengan gelaran ‘happy ending massage’ diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ketua Pengarah JIM, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan dilakukan pada malam 31 Januari dan awal pagi 1 Februari lalu. Menurutnya, seramai 17 orang pegawai imigresen terlibat dalam operasi ini. "Dalam kedua-dua operasi ini seramai ...
PENDANG- Dua buah lori bertembung dalam satu kemalangan di KM 53.5, Lebuh raya Utara-Selatan (Arah Utara), Alor Setar, hari ini. Jurucakap bomba berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dan sebuah lori muatan barang. Menurutnya, pihaknyapihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9 pagi sebelum bergerak ke lokasi. "Setibanya keluaran operasi di lokasi, didapati terdapat kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berat. "Mangsa ...
ALOR SETAR- Seorang lelaki patah tangan dan kaki akibat kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Kampung Alor Janggus, Napoh petang tadi. Jurucakap bomba Kedah berkata, kemalangan membabitkan kereta Toyota Corolla SE dan kereta Nissan Grand Livina. Menurutnya, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.25 petang sebelum tiba di lokasi pada jam 5.41 petang. "Kereta Toyota ...
SANDAKAN- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 584 biji telur penyu dari negara jiran yang cuba diseludup ke negara ini pada 26 November lalu. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, kesemua telur dalam satu karung guni itu cuba diseledup menggunakan bot penumpang. "Bot itu ditahan lebih kurang pukul 1.30 petang di posisi 1.3 batu ...
KUANTAN-Konvoi Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat Kelas B (KAMMB) bertukar tragedi apabila salah seorang pesertanya maut akibat kemalangan di KM 51, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan dekat sini, hari ini. Difahamkan, KAMMB yang dalam perjalanan dari Kuantan untuk pulang ke Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri di Muar Johor. Media melaporkan mangsa, Inspektor Muhammad Hilmie Quzaimi Rosli,26, maut di lokasi kejadian ...
SABAH- Cubaan menyeludup 6,500 liter minyak petrol oleh dua individu di perairan Semporna digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( Maritim), semalam. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim, Norrimi Hassan berkata, dua individu berusia lingkungan 31 hingga 35 tahun itu ditahan selepas bot jongkong dinaiki mereka bergerak dalam keadaan mencurigakan pada jam 1.00 pagi. Menurutnya, minyak yang diisi dalam 260 tong ...













