MB Terengganu zahir rasa simpati kepada Pakistan

Dr. Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU -Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokthar mengucapkan takziah kepada penduduk Pakistan di atas musibah bencana banjir yang berlaku.

Beliau berkata, Pakistan telah mengisytiharkan darurat kerana dilanda banjir buruk yang telah mengorbankan 1000 orang setakat tengah hari tadi.

Menurutnya, kira-kira 15 peratus daripada jumlah penduduk negara itu terjejas akibat kemusnahan kediaman dan bangunan awam menyebabkan negara itu terpaksa memohon bantuan antarabangsa.

“Takziah dan kita doakan agar bencana ini tidak berlarutan. Kutipan derma juga telah dilancarkan oleh PASRelief,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank : (564070612333 (rujukan : BanjirPakistan).

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.