Bendera merah mula dipasang di bandar Patani

Bendera merah mula dipasang di bandar Patani hari ini

 

Laporan: Fatimoh Ja’ae

PATANI– Pihak berkuasa mula memasang dan menaikkan bendera merah di Bandar Patani sebagai tanda amaran gelombang banjir besar kepada penduduk.

Bendera merah itu mula dipasang hari ini ketika wilayah Patani, Yala dan Narathiwat sudah mula dinaiki air.

Bendera merah itu membawa maksud gelombang banjir bakal melanda bandar Patani dalam tempoh enam hingga lapan jam, dan penduduk perlu berpindah ke tempat selamat.

Bandar Patani yang padat dengan penempatan penduduk mempunyai muara sungai, ia menjulur panjang di dalamnya hingga ke laut.

Oleh sebab itu, bandar ini menjadi pintu kepada kapal-kapal nelayan untuk keluar dan masuk setiap masa.

Secara tidak langsung mudah menerima implikasi air laut pasang besar ketika peralihan Monsun Timur Laut.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.