BN beri bayangan berjuang tanpa PAS

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR– Barisan Nasional (BN) BN memberikan bayangan untuk tidak bersama PAS sekiranya parti itu mengambil pendirian untuk bersama Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO kekal dengan pendirian untuk tidak bersama PN.

Menurutnya, UMNO juga bersedia untuk hadapi PRU-15 menggunakan lambang dacing secara bersendirian.

“Jika benar PAS menyertai PN, UMNO tetap dengan pendirian untuk tidak menyertai PN sebagai parti komponennya untuk hadapi PRU-15 akan datang

“Jika PAS bersedia menggunakan lambang PN, UMNO tetap dengan pendirian untuk kekal menggunakan lambang BN (Dacing) dalam PRU-15 akan datang,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada kesediaan PAS sertai PN bersama Bersatu seperti yang dilaporkan media hari ini.

Dr Asyraf berkata, UMNO tetap berpegang kepada Piagam Muafakat Nasional yang telah dimeterai dan disaksikan umat dengan linangan air mata.

Begitupun, Dr Asyraf tetap menaruh harapan untuk melihat tiada pertandingan tiga penjuru pada PRU-15.

“Yang penting, UMNO-BN dan PAS-PN harus terus kekal bekerjasama dan bermuafakat untuk menghadapi DAP-PH dengan mengelakkan pertandingan 3 penjuru,”katanya.

Media hari ini melaporkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan sertai PN bersama Bersatu.

Memetik MalaysiaGazette hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan PAS akan sertai PN bersama Bersatu.

Jelasnya, beliau tidak tahu pendirian BN dan perkara itu perlu dirujuk parti itu sendiri.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.