KUALA TERENGGANU– Bekas pelakon kepada penerbit dan pelakon filem pendek Sukri Sulaiman dilaporkan meninggal dunia.
Berita kematian Alif Zakaria diumumkan melalui halaman Facebook Sukri Sulaiman Production, hari ini.
“Sukri ingin memberi tahu bahawa bekas pelakon sukri Alif Zakaria telah kembali ke Rahmatullah,dan ingin mengingati juga…ucaplah INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN,”tulisnya ringkas.
Berita mengejutkan itu disusuli dengan ucapan takziah daripada netizen.

Lakonan mencuit hati Allahyarham Alif bersama Sukri bertajuk
Bangla Cakap Kelantan.
Ia mendapat 158,000 tontonan di YouTube.
Selain komedi, Sukri yang sering berlakon bersama isterinya Alia Latif sentiasa memastikan filem terbitannya diselit unsur nasihat, malah mengetengahkan dialek Terengganu dalam dialog lakonan.
Rentas7.com mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Alif Zakaria.
Rentas7.com
Leave a Reply