Nasib mangsa banjir Kampung Iboi sentiasa dijaga

Najmi Ahmad berucap dalam majlis berkenaan

BALING– Kerajaan Negeri Kedah sentiasa memastikan kebajikan nasib mangsa banjir aliran puing Gunung Inas dijaga.

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Yb Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad berkata, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik dalam membantu semua mangsa.

Menurutnya, ia merangkumi bantuan kepada semua mangsa serta usaha memulihkan keadaan pasca banjir di kawasan terlibat termasuk menjemput pakar penyelidik untuk mencari punca kejadian.

Terdahulu bersama penduduk pada
Majlis Munajat Dhuha 2022 dan Taklimat Kajian Bencana Geologi Banjir Puing Sungai Iboi di Masjid Al Falah, Kampung Iboi, Kupang, Baling semalam.

Kejadian aliran puing Gunung Inas pada 4 Julai telah menyebabkan Kampung Iboi dilanda banjir kilat, mengorbankan tiga mangsa dan menjejaskan ratusan rumah penduduk serta merosakkan banyak infrastruktur.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.