Ebit Lew buktikan kasih sayang merentasi kaum

KUALA-LUMPUR- Kasih sayang merentasi kaum, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tampil membantu masyarakat India memerlukan di salah sebuah kawasan.

Menulis di Facebook rasminya, Ebit Lew berkata, keadaan masyarakat India di kawasan berkenaan menyentuh hatinya.

“Sebak menangis tadi pergi bagi hadiah dan sedikit belanja kawasan saudara masyarakat India. Kita semua sebuah keluarga.

“Sayang pada mereka. Mereka semua sudah tiada pendapatan dan susah. Semua baik-baik. Terharu jumpa mereka. Ramai menangis masa dapat bantuan,”katanya semalam.

Ebit menyantuni masyarakat India

Dalam kunjungan itu, seorang warga emas ketika diziarahi Ebit Lew dan krunya didapati menumpang di sebuah kecil berhampiran sebuah kilang bersama isteri.

“Dia lumpuh langsung tak boleh bergerak dan tiada kerja tak boleh bercakap. Patutnya bulan 12 tahun lepas dah tak boleh duduk situ kawasan kilang lama.

“Habis COVID-19 dan nak kena keluar rumah. Sedih tengok pakcik dan makcik tu. Pakcik tu menangis jer dan buat isyarat jer. Jadi sebak.

“Mereka tiada rumah nak tinggal. Saya cuba usahakan nak cari rumah untuknya. Doakan yer. Sedih rasa. Ramai orang susah-susah perlukan bantuan,”katanya.

Menurutnya lagi, beliau gembira kerana dalam masa sama dapat berkongsi rasa kasih sayang dan persaudaraan dengan seorang penjaga kuil yang ditemui di kawasan tersebut.

Perkongsian berkenaan mendapat ribuan tanda suka dan komen daripada netizen, mereka memuji serta menyokong penuh usaha dakwah yang dibuat.

Mereka ingin menyumbang kepada Ustaz Ebit Lew boleh menyalurkan bantuan melalui Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (CIMB)
8603546376.

RENTAS7.COM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.