ALOR SETAR – Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah, Dato’ Dr Mustaffa Idrus menyeru umat Islam memanfaatkan bulan Ramadan sebagai medan mempereratkan silaturrahim dan mengukuhkan kesatuan sesama Melayu demi memastikan kekuatan dan keutuhan ummah terus terpelihara. Beliau berkata, Ramadan bukan cuma bulan ibadah, bahkan merupakan bulan tarbiah yang mendidik jiwa supaya kembali kepada fitrah persaudaraan, saling menghormati dan bekerjasama ...

Wartawan RENTAS7 Patani: Fatimoh Ja'ae PATANI DARUSSALAM -Ramadan tahun ini menjadi detik paling dirindui oleh seorang pemimpin anggota pejuang pembebasan apabila jasad ibunya tidak dapat dipeluk dan wajahnya tidak lagi dapat ditatap buat kali terakhir selepas pemergiannya. Wabatopatan Ismail @ (K.M), yang diburu oleh pihak kerajaan Thailand, tidak dapat pulang ke tanah airnya di Patani Darussalam berikutan waran tangkap yang ...

PATANI-Umat Islam di Patani akan mula berpuasa esok setelah cerapan anak bulan yang dilakukan pihak berautoriti petang tadi mengesahkan kelihatan hilal Ramadan. Cuaca yang baik sejak pagi membantu proses pencerapan berjalan dengan lancar. Justeru, semua surau dan masjid di Patani Darussalam mula menunaikan solat Tarawih pada malam ini. Uniknya, pengumuman bahawa esok bermula puasa kebanyakannya dihebahkan melalui corong masjid dan ...

  Laporan: Wan Kelana   KUALA LUMPUR -Seorang anak muda yang tidak pun dikenali, jauh sekali sebagai pempengaruh, tokoh atau pemuda partisan yang berucap berapi-rapi tetapi habuk pun tiada. Sebaliknya, Tamim Dahri menunjukkan betapa lompongnya salah guna kuasa oleh kerajaan, manakala lemahnya agensi-agensi terbabit termasuk polis sehingga membolehkan kuil haram beroperasi di atas tanah milik sah penduduk. Malang bagi rakyat ...

  Laporan: Junaid Samad KUALA LUMPUR -Tanpa berselindung PMX menyatakan hasrat mahu menjadikan Kedah sebagai kubu baharu Parti Keadilan Rakyat ( PKR), walhal hakikatnya parti itu tidak pun memiliki kubu yang benar-benar dominan di negara ini. Keyakinan Datuk Seri Anwar itu entah berpaksikan kepada asas apa? Di Kedah, landskap politik memperlihatkan tiada parti yang mampu menandingi dominasi Perikatan Nasional yang ...

KUALA LUMPUR-Sejak malam tadi di media sosial, tular kesedaran daripada persatuan-persatuan persilatan Melayu yang menggerakkan laporan polis terhadap penceroboh tanah Yayasan Kubra Rawang, Selangor secara besar-besaran. Daripada semua gambar-gambar itu, dapat disimpulkan bahawa: “Berselerak taburlah semua gangsterisme kuil-kuil haram termasuk pengkhianat negara dan agama.” Menurut perkongsian aktivis, Cikgu Fadli Salleh, persatuan-persatuan itu mensasarkan 313 laporan polis. Ia menunjukkan hilangnya kepercayaan ...

PATANI -Seorang askar sukarelawan Siam mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaikinya terkena letupan bom dalam satu insiden di jalan raya Suwari–Resok, wilayah Narathiwat, kelmarin. Dalam kejadian itu, empat orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan turut dilaporkan cedera. Serangan hendap yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pejuang pembebasan itu menyebabkan satu lubang besar terbentuk di tengah jalan akibat letupan kuat. Kenderaan ...

BALING – Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan Saad, menegaskan bahawa pendidikan tidak boleh dilihat semata-mata sebagai soal peperiksaan, sebaliknya perlu difahami sebagai proses pembangunan insan dan pembinaan negara. Menurut beliau, sebarang kajian semula terhadap UPSR dan PMR mesti dilakukan secara menyeluruh serta berasaskan data yang kukuh, selain mengambil kira jurang ketara antara bandar dan luar bandar. “Jangan sampai niat ...

SUNGAI PETANI – Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato’ Dr Mustaffa Idrus telah dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar bagi sesi 2026/2027. Pelantikan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Agung PIBG sekolah berkenaan yang berlangsung pada 8 Februari lalu, dengan kehadiran lebih 300 orang ibu bapa ...

ALOR SETAR – Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan kebimbangan serius terhadap isu pemberian taraf penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan di negara ini. Pengerusinya, Dato’ Dr Mustaffa Idrus menegaskan bahawa titah tersebut bukan sekadar pandangan peribadi, sebaliknya satu peringatan besar daripada ...