MOSTI sediakan sokongan pembiayaan bagi penyelidikan serta aplikasi teknologi dalam industri solar

JOHOR BAHRU – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba semalam telah merasmikan Solar Roadshow 2022 Negeri
Johor.

Penganjuran acara ini dilihat bertepatan sebagai platform pertukaran pengetahuan antara pemain industri dan pakar pasaran untuk berdagang, berinovasi serta menerokai potensi kolaborasi dalam mencapai aspirasi menjadi negara berteknologi tinggi
menjelang 2030 yang diterajui sains, teknologi dan inovasi.

Pada majlis tersebut, Dr. Adham  menekankan bahawa pertumbuhan industri photovoltaic (PV) tempatan akan memacu ekonomi hidrogen negara melalui pengeluaran hidrogen hijau daripada tenaga solar.

“Projek solar merupakan tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang pesat di Malaysia kerana kos  pengeluaran peralatan solar PV yang lebih rendah dan ketersediaan pembiayaan yang mudah bagi projek hijau,” kata Dr. Adham.

Tambahnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut memainkan peranan dalam membantu menyediakan sokongan pembiayaan bagi menggalakkan penyelidikan serta aplikasi teknologi dalam industri solar.

Sejak tahun 2011 sehingga berakhir 2021, MOSTI telah menyediakan sokongan pembiayaan dan pinjaman
berjumlah RM254.54 juta yang diagihkan kepada syarikat-syarikat berkaitan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.