KUALA LUMPUR: Ketua pasukan skuad Harimau Malaya, Dion Cools, mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan selepas wajahnya tampil dalam poster rasmi terbaharu yang dilancarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersempena jendela perlawanan antarabangsa (International Break). Perkembangan membanggakan itu turut dikongsikan oleh portal bola sepak tempatan, Harimau Malaya, yang memuat naik semula grafik berkenaan dengan menzahirkan rasa bangga melihat kelibat ...
SUNGAI PETANI-Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menzahirkan sokongan penuh terhadap titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menggesa Kerajaan Persekutuan membuat penilaian menyeluruh terhadap operasi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. Pengerusi PAMM Negeri Kedah, Dato' Dr. Mustaffa Idrus menegaskan bahawa pandangan jauh dan tegas yang dizahirkan ...
ALOR SETAR-Tindakan melengah-lengahkan dan menangguhkan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung perintah tahanan di rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, disifatkan sebagai satu perbuatan menderhaka dan mempunyai ciri-ciri fahaman 'Khawarij' yang membekalangi institusi beraja di negara ini. Kenyataan keras itu disuarakan oleh Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah, Dato' Dr. Mustaffa Idrus, yang meluahkan kekesalan ...
SUNGAI PETANI- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar bakal menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala YDP Dato’ Dr Mustaffa Idrus pada 25 November ini, membabitkan penyertaan sekolah menengah sekitar daerah Kuala Muda. Kejohanan yang berlangsung di Padang SMK Sungai Layar itu terbuka kepada pemain berusia 16 hingga 17 tahun dan dijangka menjadi medan bagi mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak. ...
ALOR SETAR- Tenaga pengajar kuliah Dhuha di Maahad Tahfiz Al Naim Kuala Ketil, Ustaz Mohd Zaidi bin Mad Sapii, melakar kejayaan membanggakan apabila terpilih sebagai penerima keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Tauliah Negeri Kedah, semalam. Beliau menerima pengiktirafan tersebut sempena Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah Tahun 2026/1448H yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Dewan Seri Mentaloon, di sini. Pencapaian ...
KUALA LUMPUR- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah mendesak kerajaan mengambil tindakan lebih tegas dalam mengawal kemasukan warga Rohingya ke negara ini bagi mengelakkan Malaysia terus menjadi laluan mudah kepada kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Pengerusinya, Dato’ Dr Mustaffa Idrus berkata, isu kemasukan warga asing tanpa kawalan sewajarnya tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan keselamatan negara, kedaulatan sempadan serta ...
SUNGAI LAYAR- Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Layar (SUNLAY), Dato’ Dr Mustaffa Idrus merakamkan penghargaan kepada pengetua, barisan guru, ibu bapa dan komuniti atas komitmen menjayakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana sempena SPM 2026. Beliau berkata, kejayaan majlis itu mencerminkan kerjasama erat antara pihak sekolah, PIBG dan komuniti dalam memberikan sokongan kepada calon-calon ...
MALAU-Ahli Parlimen Baling meneruskan usaha membantu golongan memerlukan menerusi sumbangan 27 bakul makanan kepada golongan asnaf di Pekan Malau, Baling semalam. Sumbangan tersebut disampaikan dalam satu majlis Ziarah Mahabbah DUN Kupang yang berlangsung di Markas PAS Pekan Malau menerusi program kebajikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Baling (PKRB). Sebelum majlis penyerahan sumbangan dimulakan, YB Ustaz Hassan Saad dibawa melawat Bilik Operasi ...
SUNGAI LAYAR- Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar (SUNLAY), Dato’ Dr Mustaffa Idrus, menawarkan saguhati sehingga RM5,000 kepada pelajar yang memperoleh keputusan semua A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026. Tawaran itu merupakan antara inisiatif PIBG bagi menyuntik semangat pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik, selain menghargai kesungguhan mereka dalam menghadapi ...
ALOR SETAR-Pengerusi Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah, Dato' Dr Mustaffa Idrus, menuntut tindakan segera pihak tentera bagi membantu membendung pencerobohan sempadan serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin membimbangkan. Beliau berpandangan bahawa keadaan yang semakin meruncing memerlukan tindakan tegas, tersusun dan bersepadu antara agensi penguat kuasa dengan pihak keselamatan negara. " Isu kawalan sempadan, katanya, tidak boleh dibiarkan ...













