LANGKAWI-Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memantau perairan negara dari dicerobohi kapal layar asing terutamanya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya telah memeriksa lebih kurang 10 buah kapal layar asing di perairan Langkawi, semalam. Menurutnya, kesemua kapal berkenaan berada di perairan negara ini sebelum arahan ...

Mohd Zaid Ab Mokti BALING- Penularan wabak COVID-19 memberi pengajaran bahawa sudah tiba masanya pembelian atas talian (online) perlu digunakan secara menyeluruh termasuk di kawasan pendalaman. Setiausaha Kelab Usahawan Anak Baling (KUAB), Mohd Zaid Ab Mokti berkata, urus niaga online lebih mudah malah menyelematkan banyak nyawa dari terdedah risiko jangkitan virus. "Mungkin boleh dibangunkan sebuah aplikasi seperti Food Panda namun ...

KUALA LUMPUR-Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menggunakan pengalamannya membantu kerajaaan. Perkara itu disuarakan beliau setelah dilantik sebagai Duta Khas kepada Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri hari ini. "Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Insya-Allah saya akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu Kerajaan ...

SUNGAI PETANI-Tun Dr Mahathir Mohamad digesa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak bertindak wajar menangani COVID-19 sewaktu memimpin negara. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu bertanggungjawab di atas penularan wabak COVID-19 di Malaysia. "Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu dipersalahkan. Ketika penularan awal wabak COVID-19 dari ...

BALING- Pekan Malau mempunyai kapasiti penduduk berjumlah kira-kira 500 orang. Pekan dinamakan Malau ini terletak di selatan Baling dan bersempadan dengan daerah Kulim. Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Pekan Malau, Raman Shariff,57, berkata, pekan itu wujud sejak negara menyambut kemerdekaan pada tahun 1957. Menurutnya, asal usul pekan ini diambil daripada nama sepohon pokok Malau  oleh penduduk tempatan. "Pekan ni asalnya ladang getah dan diusahakan oleh pengurus ...

PELABUHAN KLANG- Seorang nelayan yang tidak pulang ke rumah sejak semalam ditemui terapung di kedudukan 2.6 batu nautika utara Pulau Ketam, hari ini. Lelaki berkenaan dilaporkan keluar menjaring ikan di perairan Sementa, Kapar, Selangor lebih kurang jam 5.00 petang semalam. Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mengesan nelayan tersebut. Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Rosli Kassim ...

KUALA LUMPUR- Tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin terlibat secara langsung dalam operasi nyah kuman COVID19 turut mengundang teguran daripada rakan Perikatan Nasional (PN). Teguran itu dibuat Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta Zuraida Kamaruddin terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum membuat sebarang operasi membasmi kuman COVID19. "Harap Menteri Perumahan ...

SUNGAI PETANI- Kerajaan perlu memanfaatkan situasi penularan wabak COVID-19 bagi membantu pekebun kecil mendapatkan pendapatan lebih tinggi. Pengerusi Pertubuhan Angkatan Melayu Kedah (PAMM) Datuk Mustaffa Idrus berkata, penularan wabak COVID-19 dapat melonjakkan harga getah skrap ekoran permintaan tinggi dunia terhadap sarung tangan getah. "Sekiranya kerajaan bijak mengambil peluang ini, penoreh getah akan menikmati pendapatan yang lebih selesa. "PAMM difahamkan, harga ...

BALING- Pertubuhan Penduduk daerah Baling (Perkeba) menuntut kerajaan mengkaji semula arahan tidak membenarkan badan bukan kerajaan (NGO) mengagihkan bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yang Dipertua Perkeba, Jhangir Khan Kathem Khan (gambar) berkata, Perkeba bimbang sumbangan ingin disalurkan kepada golongan terjejas akibat COVID-19 tidak menepati sasaran sekiranya menggunakan "pihak tengah" menyampaikan bantuan. "Adakah pihak tengah mampu mengagihkan bantuan kepada ...

PUTRAJAYA- Malaysia menerima sumbangan bantuan peralatan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, beliau berterima kasih di atas bantuan disampaikan negara berkenaan. "Saya akan pastikan semua peralatan ini diserahkan terus kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan khususnya 'frontliners'" katanya dalam satu kenyataan semalam. Hishamuddin berkata, beliau bersyukur ...