YALA- Ribuan masyarakat selatan Thailand meraikan Festival Menyambut tahun baru Islam 1441 dengan mengenakan busana Melayu dan bertanjak, di wilayah ini, baru-baru ini.
Suasana yang jarang-jarang sekali dilihat itu bagaikan kembali semula ke alam ketamadunan gemilang Melayu suatu ketika dahulu.
Program dianjurkan oleh beberapa organisasi tempatan itu bertemakan “Budaya Menuju Kesatuan Umat”.

Memetik Pusat Pengembangan Kebudayaan Islam, pelbagai aktiviti termasuk forum diadakan dalam program berkenaan.

Suasana pada hari itu dimeriahkan lagi dengan acara perarakan berjalan kaki dan berkuda dari Jambatan Thasab Kota Yala menuju ke Majlis Agama Islam Wilayah Yala.
Rentas7.com
Leave a Reply