YALA- Penagih tegar yang selalu mencederakan ahli keluarga mati dibunuh dua adik sendiri. Kejadian berlaku di Kampung Bado Mukim Yu'Po. Memetik media Thailand, Shaychaidantai, suspek dikenali Tuan Kusair Kupi, 28, dan Tuan Loh Kupi berusia 21 tahun ditahan polis pada jam satu petang (waktu tempatan). Mangsa, Tuan Sama ae Kupi berusia 35 tahun dan mayatnya ditemukan penduduk pada 20 November ...

PADANG BESAR- Polis berjaya menahan dua lagi rakyat Thailand di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar Perlis, hari ini. Kedua suspek ditahan susulan kejadian tembakan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). Memetik Berita Harian, dua lelaki berkenaan ditahan pada jam 7 pagi sekaligus menjadikan lapan suspek warga Thailand telah ditahan setakat ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador (gambar) berkata, ...

PADANG BESAR-Enam lelaki warga Thailand sudah ditahan semalam susulan insiden pertempuran di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar Perlis dengan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, empat daripada mereka ditahan di Thailand manakala dua lagi ditahan di Malaysia oleh pasukan Komando VAT69 dan PGA Batalion 3. Menurutnya, berdasarkan maklumat Polis Thailand, tiga lelaki ...

ALOR SETAR- Kerajaan negeri menegaskan tiada aktiviti pembalakan di Kompleks Hutan Hulu Muda seperti didakwa beberapa buah NGO. Pejabat Menteri Besar (MB) Kedah dalam satu kenyataan berkata, dakwaan beberapa NGO berkenaan mencetuskan kekeliruan dalam pemikiran masyarakat. Menurut kenyataan, pertubuhan bukan kerajaan tersebut telah mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk “NGO terkilan dengan aktiviti pembalakan di Kompleks Hutan Hulu Muda’ bertarikh 24 November ...

PADANG BESAR- Dua kumpulan yang bertindak menyerang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar Perlis didalangi warga asing dan tempatan. Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, siasatan awal mendapati kejadian ini bermula apabila dua anggota PGA sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian. Menurutnya, mereka telah diserang oleh dua kumpulan, disyaki terdiri daripada ...

PADANG BESAR- Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) diserang dalam satu kejadian di sempadan Malaysia-Thailand, di Padang Besar Perlis pada awal pagi tadi. Kejadian jam 3 pagi itu mengorbankan Koperal Baharuddin Ramli,54 manakala anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari,39, mengalami parah. Kedua-dua mangsa dilaporkan sedang bertugas. Memetik Utusan Malaysia, kejadian itu disahkan Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul ...

PUTRAJAYA-Kerajaan dalam usaha memulihkan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Seiring dengan langkah itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan perincian pelan pemulihan pelancongan bagi merancakkan semula ekonomi negara melalui sektor pelancongan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata bahawa MOTAC melalui agensinya, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan menggerakkan pelan ...

KUALA LUMPUR-Tiga individu dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara. SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki pertama, Clement Chen Wei Chein,35, mempunyai alamat terakhir di 12 A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras Kuala Lumpur dan No 20 Canary Residensi, Jalan CH ...

PATANI-Seorang lelaki cedera dalam satu kejadian tembakan jalan raya di daerah Bang Kao, kabupaten Saiburi, hari ini. Kejadian berlaku pada jam 6.35 pagi waktu tempatan ketika mangsa menunggang motosikal. Menurut sumber tempatan, mangsa dikenali Apichat Thongsri, 49, dari Kampung Ban Nam Bo, Panare, Patani. Mangsa yang ditembak dengan pistol telah dihantar ke Hospital Somdej Phra Yupparat Saiburi. Polis masih menyiasat ...

SUNGAI PETANI- Seorang lelaki maut selepas terkena letupan pemadam api kenderaan dalam kejadian di Bandar Puteri Jaya, hari ini. Mangsa Mohamad Yusri Omar,43, bekerja separuh masa dengan membaiki peralatan elektronik bagi menambah pendapatan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian jam 1.15 petang itu, mangsa dikatakan sedang membaiki radio yang dihantar rakannya. Menurutnya, rakannya yang ...