Kedah kembali lonjak tiga angka

ALOR SETAR-Kedah kembali mencatatkan tiga angka harian positif COVID-19 selepas mengalami penurunan kes untuk sementara sebelum ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, sebanyak 120 Kes direkodkan di Kedah hari ini.

Berdasarkan pecahan kes mengikut daerah, Kuala Muda mencatatkan kes positif paling tinggi iaitu 39 kes, diikuti Alor Setar (36), Bandar Baharu (30), Kulim (7), Baling (6), dan satu kes bagi Kubang Pasu dan Pendang.

Bagi keseluruhan kes seluruh negara mencatatkan 3,142 kes.

3,129 daripada jumlah itu ialah kes tempatan manakala 13 lagi kes import.

Tamat

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.