Bantuan EU kepada mangsa banjir bukti hubungan erat dengan Malaysia

Hishammuddin dalam Mesyuarat Menteri Luar Asean- EU siang tadi

KUALA LUMPUR-Bantuan RM300,000 Kesatuan Eropah (EU) kepada mangsa banjir di Johor dan Pahang mengambarkan hubungannya yang erat dengan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau bagi pihak kerajaan Malaysia berterima kasih kepada Kesatuan Eropah (EU) yang bermurah hati menyumbang RM300,000 demi membantu mangsa banjir.

“Inilah kebaikannya apabila negara kita dihormati.

“Dikala susah atau senang, akan ada sahaja rakan-rakan yang sentiasa bersama-sama kita,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Malaysia akan sentiasa mengenang kebaikan rakan-rakannya dan akan terus teguh bersama EU.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.