Usah boros bantuan disalurkan kerajaan

BALING– Penduduk daerah Baling dinasihati berjimat cermat menggunakan bantuan kerajaan yang akan disalurkan mulai April.

Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Penduduk daerah Baling (Perkeba) Mohd Nazry Md Bidin ( gambar) bantuan berkenaan perlu digunakan mengikut keperluan penting sahaja.

“Perkeba mengucapkan jutaan terima kasih di atas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam. Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat prihatin dengan masalah rakyat.

“Pesanan saya kepada rakyat khususnya rakyat di daerah Baling gunakan bantuan ni sebaik mungkin dan jangan boros belanja, kena jimat cermat memandangkan keadaan sekarang (wabak),”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mana-mana pihak diharap tidak mempolitikkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri.

“Dalam situasi sekarang, seluruh rakyat Malaysia perlu membantu menangani masalah wabak ni.

“Harapan saya marilah sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya mudah-mudahan wabak ini akan berakhir secepat mungkin,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.