Wanita Melayu ajak sertai DAP demi bangsa dan negara

KUALA LUMPUR-Kempen ‘Sertai DAP’ yang digerakkan oleh Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor, Marina Ibrahim (gambar) di Facebooknya mengundang kemarahan dan kecaman warga netizen.

“Saya secara peribadi tidak hanya akan menyuruh anda mendaftar dan menjadi ahli.

“Tetapi jom bersama-sama saya memahami apa yang anda boleh lakukan dan sumbangkan kepada anak bangsa serta negara dengan menyertai DAP,”tulisnya pada kenyataan status Facebook.

Kempen sertai DAP

Melalui pelbagai program di bawah DAP, Marina berkata, dia turut mengajar asas tulisan Jawi kepada pelbagai bangsa bagi mengeratkan antara kaum.

Namun kempen itu ditolak majoriti orang Melayu yang menyifat tindakan bersama DAP sebagai memalukan serta khianat kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi mereka, wajah sebenar DAP sudah dapat dilihat ketika memerintah negara selama 22 bulan.

“Tu dia .. nak pancing guna Jawi pula.. padahal parti dia yang menentang penggunaan Jawi… takpa sis, sila cuba lagi,”tulis pengguna Facebook, Mohd Fadzli.

Seorang pengguna Facebook, Zack Izz menulis tindakan menyertai DAP memalukan nama negeri Johor.

Sebahagian kecaman daripada netizen

Manakala, pengguna Facebook Mohd Azrul Muhayat menyoal adakah Marina tidak malu kerana sanggup bersama DAP.

“Takkan la takda sikit pun perasaan malu dalam diri kau ni dik?,”soalnya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.