Langgar PKP, 13 jemaah ditahan

 

BAGAN SERAI– Seramai 13 jemaah di sebuah masjid di sini ditahan selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka ditahan polis selepas solat Isyak berjemaah malam ini.

Pejabat Agama daerah Bagan Serai dalam satu kenyataan berkata, penahanan itu dibuat hasil rondaan dan pemantauan berterusan yang dilakukan oleh penguatkuasa agama bersama PDRM di sekitar Bagan Serai.

“Seramai 13 org Jemaah telah ditahan oleh polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kerian untuk tindakan selanjutnya kerana melanggar PKP Covid 19,”katanya malam ini.

Para jemaah ini ditahan kerana melanggar PKP

Kenyataan itu berkata, semua masjid dan surau dipohon untuk mengikut perintah yang telah dikeluarkan.

Pada 16 Mac, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zulkifli Mohamad mengumumkan bahawa semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat ditangguhkan bermula 17 hingga 26 Mac.

Larangan aktiviti di masjid bagi mengelak penularan wabak COVID-19 itu dilanjutkan sehingga 14 April depan seiring dengan tambahan tempoh PKP.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.