Rokok cuba diseludup dirampas

Lelaki berusia 18 tahun turut ditahan

KUDAT– Sejumlah rokok tidak bercukai yang dipercayai untuk diseludup telah dirampas dalam sebuah rumah tidak beralamat di kawasan perumahan di Tanjung Kapor di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat ASP Cyril Douglas berkata, rampasan pada jam lebih kurang sembilan malam itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 18 tahun.

“Rampasan dan tangkapan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,”katanya.

Menurutnya, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.