Tak perlu solat jarak lagi di selatan Thailand

Solat Jumaat di Thailand bebas jarak

PATANI– Jemaah masjid di seluruh Thailand tidak lagi solat berjemaah dengan penjarakan sosial.

Ia ekoran penularan wabak COVID-19 di sana khususnya di tiga wilayah selatan Thailand boleh dikatakan telah “tamat”.

Bekas Bendahari Masjid Darussalam, Khokpho, Harun Ahmad, 66, berkata, seluruh jemaah masjid terutamanya di tiga wilayah selatan Thailand tidak lagi solat berjarak.

Menurutnya, mereka juga tidak diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tetapi digalakkan berbuat demikian.

“Alhamdulillah sejak dua bulan lalu jemaah masjid boleh solat seperti biasa baik di kampung mahupun bandar.

“Pihak berkuasa agama menetapkan jemaah tidak lagi perlu mengikut SOP memandangkan penularan COVID-19 di sini boleh dikatakan hampir tiada dan terkawal sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Rentas7.com semalam.

Beliau berkata, perintah SOP bagaimanapun masih perlu dipatuhi di kawasan tumpuan lain seperti pasar raya besar dan hospital.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.