Denggi dan COVID-19 mana lagi bahaya? Ini jawapan doktor

Muhamad Na'im kiri

KUALA LUMPUR-Seorang doktor kesihatan tampil menjelaskan perbandingan di antara bahaya COVID-19 dan denggi seperti mana yang dibahaskan kelompok tertentu.

Muhamad Na’im Ab Razak berkata, beliau terbaca komen dari antivaksin dan pendukung teori konspirasi di Malaysia.

Menurutnya, bagi mereka isu COVID-19 tidak perlu diperbesar kerana denggi lebih bahaya.

“Sebagai doktor yang pernah berhadapan dengan gelombang teruk wabak kedua penyakit itu, ini komen saya.

“Dua-dua harus dibanteras. Kedua-dua penyakit ini ada vektor dan kaedah berbeza bagaimana ia menjangikiti manusia dan menyebabkan kerosakan pada badan,”katanya di status Facebooknya malam ini.

Beliau berkata, kedua-duanya boleh menghasilkan mimpi ngeri buat para doktor yang merawat jika masyarakat dijangkiti secara beramai-ramai dan dibawa ke hospital dalam keadaan teruk.

Muhamad Na’im antara doktor yang kini ditugaskan mengawal pandemik COVID-19 di Sabah.

Rentas7/ Foto: FB Muhamad Na’im

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.