KUALA LUMPUR -Selama ini produk-produk ayam goreng bumiputera tenggelam dengan jenama syarikat gergasi yang telah lama menapak.
Bukanlah kerana ayam goreng bumiputera tidak sedap atau tidak berkualiti, tetapi ketidakmampuan membiayai iklan besar-besaran seperti dilakukan syarikat-syarikat gergasi faktor jenama tempatan sendu di pasaran.
Tetapi itu kisah lama, kini dengan kesedaran tinggi masyarakat terhadap jenama-jenama yang menjadi penyumbang kepada rejim Zionis Israel membuatkan mereka mula beralih kepada jenama bumiputera.
Secara tak langsung masyarakat mula sedar bahawa produk ayam goreng bumiputera sebenarnya setanding atau jauh lebih sedap.
Penangan ayam goreng T’ Kenali Fried Chicken milik bumiputera tidak kurang hebatnya dan patut dicuba ramai.
Rasanya yang rangup, pedas dan berisi empuk memenuhi citarasa sesiapa saja yang merasai.
T’ Kenali Fried Chicken yang sudah lama beroperasi di Taman Mutiara Sungai Kob, Kulim Kedah beroperasi setiap hari bermula kecuali Ahad bermula jam 7 pagi hingga 11 malam.
Pembantu pengurus T’ Kenali Fried Chicken, Mohd Afiq Syazani Mohd Salleh,19, berkata, restoran itu diusahakan oleh kedua ibu-bapanya dan dibantu ahli keluarga.
Menurutnya, sebelum ini T’ Kenali Fried Chicken beroperasi di Kulim sebelum berpindah ke Sungai Kob.
“Restoran T’ Kenali Cafe sudah beroperasi hampir 10 tahun. Ayah dan mak mengusahakan restoran ini sejak awal hingga kini.

“Kami menawarkan pelbagai jenis set ayam goreng kepada pelanggan termasuk set nasi lemak ayam crispy dan nasi ayam,”katanya kepada RENTAS7.
Menurutnya, restoran mereka turut menyediakan pelbagai jenis hidangan panas dan minuman.

Menggunakan tagline “Ayam Goreng Rangup, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi,” T’ Kenali Fried Chicken menawarkan harga sangat berpatutan kepada pelanggan.
Set A yang mengandungi seketul ayam goreng, sayur coleslaw, kentang putar dan teh o ais dijual dengan harga RM9, manakala tambahan dua ketul ayam bagi set B dijual pada harga RM12.00
Set C yang mempunyai tambahan tiga ketul ayam dijual pada harga RM14.50.
Set D berharga RM 9 menampilkan kelainan dengan hidangan seketul ayam goreng, coleslaw dan teh o ais.
Bagi pilihan keluarga, Tok Kenali Fried Chicken menyediakan Set Family A dengan 5 ketul ayam berharga RM15 dan Set Family B dengan 9 ketul ayam berharga RM27.
Dalam memenuhi cabaran masa kini, jenama T’Kenali Fried Chicken diyakini mampu pergi lebih jauh.
Tempoh hampir 10 tahun dalam pasaran bukan tempoh yang singkat bahkan sudah terbukti setanding dengan produk berjenama lain.
RENTAS7








Leave a Reply