PUTRA sifatkan Mujahid buli umat Islam

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menyifatkan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebagai membuli umat Islam di negara ini.

Ia susulan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mahu mengambil tindakan terhadap pegawai pendidikan yang mengeluarkan pekeliling mengenai pengharaman perayaan Pongal.

Pengerusi Penyelaras PUTRA kedah, Datuk Mustafa Idrus (gambar) berkata, kenyataan Mujahid seperti dilaporkan media pada 17 Januari lalu menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Perayaan Pongal melibatkan ritual kepercayaan terhadap dewa dalam kalangan pengganut Hindu.

“Amat pelik apabila menteri tersebut menggalakkan murid-murid Islam menyertai Pongal,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Tambahnya, tindakan kerajaan mempromosikan kepercayaan agama lain di kalangan umat Islam yang jelas bertentangan dengan Perkara 11(4) dan 12(3).

Terdahulu, Mujahid dipetik sebagai berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) tidak pernah mengatakan haram menghadiri perayaan masyarakat Tamil.

Pemimpin Amanah itu mendesak individu bertanggungjawab mengeluarkan pekeliling berkenaan diambil tindakan tegas.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.