Bagai kembali ke alam Melayu

YALA- Ribuan masyarakat selatan Thailand meraikan Festival Menyambut tahun baru Islam 1441 dengan mengenakan busana Melayu dan bertanjak, di wilayah ini, baru-baru ini.

Suasana yang jarang-jarang sekali dilihat itu bagaikan kembali semula ke alam ketamadunan gemilang Melayu suatu ketika dahulu.

Program dianjurkan oleh beberapa organisasi tempatan itu bertemakan “Budaya Menuju Kesatuan Umat”.

Peserta segak bergaya dengan set persalinan busana Melayu

Memetik Pusat Pengembangan Kebudayaan Islam, pelbagai aktiviti termasuk forum diadakan dalam program berkenaan.

Kereta kuda yang turut digunakan dalam program ini

Suasana pada hari itu dimeriahkan lagi dengan acara perarakan berjalan kaki dan berkuda dari Jambatan Thasab Kota Yala menuju ke Majlis Agama Islam Wilayah Yala.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.