Motosikal terbakar, lelaki parah

SUNGAI PETANI- Seorang lelaki parah selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke bahu jalan dan terbakar.

Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 104, Lebuhraya utara selatan, arah selatan Sungai Petani, malam tadi.

Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.05 malam.

“Makluman dari Komander Operasi terdapat seorang mangsa lelaki anggaran umur dalam lingkungan 40 tahun.

Keadaan motosikal berkenaan

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kanan dan luka di bahagian badan,”katanya.

Katanya, motosikal berkenaan telah terbakar hampir 80 peratus.

” Tindakan BBP Aman Jaya telah memadam kebakaran dengan 1 aliran 1 pancutan dan menyerahkan mangsa kepada pihak KKM untuk tindakan selanjut,”katanya.

Rentas7.com/Foto: Bomba Kedah

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.