Rakyat Thai tak sabar berniaga di Malaysia

Gambar hiasan

PATANI-Pendapatan rakyat Thailand yang membuka perniagaan di Malaysia terjejas ekoran penutupan pintu sempadan di kedua-dua buah negara.

Wakil peniaga Thailand, Rahmat,41,berkata, dia amat berharap dapat masuk semula ke Malaysia bagi membuka semula kedai makan.

“Sejak pintu sempadan kedua-dua buah negara ditutup pada Mac lalu, kami tak dapat lagi masuk ke Malaysia sampai sekarang.

“Pendapatan kami terjejas. Kami harap dapat kembali berniaga di Malaysia sebaik pintu sempadan dibuka,”katanya.

Katanya, ramai peniaga tomyam kini melakukan pekerjaan lain bagi menampung pendapatan termasuk berniaga kecil-kecilan.

“Tetapi kebanyakan menjadi kuli (ambil upah) dengan berkerja sebagai penoreh, pembantu kedai makan dan lain-lain,”katanya.

Akibat COVID-19, kerajaan Thailand menyediakan 15,000 baht (RM 1,500) kepada setiap rakyat mereka yang berkelayakan.

Ia dibayar secara beransur-ansur sebanyak tiga kali setiap bulan.

Thailand menutup sembilan pintu sempadan darat/ air dengan Malaysia berkuatkuasa 22 Mac bagi membendung pandemik COVID-19.

Sejak kebelakangan ini, rakyat Thailand lebih memonopoli perniagaan kedai makan di Malaysia berbanding rakyat tempatan.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.