Malaysia tidak terlibat perang di Yaman

KUALA LUMPUR– Operasi ketenteraan menyerang Yaman tidak melibatkan Malaysia kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu seperti dilaporkan Harian Metro.

 

Menurutnya, Malaysia tidak memihak mana-mana ideologi politik melibatkan kuasa-kuasa besar dunia kerana sejak awal negara ini mengamalkan dasar berkecuali.

 

Katanya, kedudukan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) di Arab Saudi ketika ini akan dikaji semula memandangkan Malaysia secara tidak langsung terperangkap dengan konflik di Timur Tengah.

( gambar New Straits Times)

 

“Kerajaan Malaysia terbabit secara aktif dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ( NAM) dan pernah mempengurusinya.

 

“Kerajaan sedang menilai semula keputusan kerajaan terdahulu yang menempatkan satu pasukan ATM ke Arab Saudi bagi tujuan siap siaga untuk evakuasi Rakyat Malaysia,” katanya seperti dilaporkan.

 

Tambahnya, keputusan akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu setelah penilaian dibuat.

 

Harian Metro turut melaporkan, Badan Hak Asasi Manusia, Lawyers for Librerty bimbang pembabitan ketenteraan Malaysia dalam peperangan Pakatan dengan Yaman.

 

 

Sumber: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.