Mukhriz tidak terlibat arahan

ALOR SETAR 10/05/18: The new Jerlun Parliament Datuk Seri Mukhriz Mahathir speak to the press after winning the 14th general Election here at Wisma Amanah, Bandar Stargate. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

ALOR SETAR- Setiausaha Ahkbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar menafikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberikan arahan supaya tangan-tangan kanak-kanak dicop dengan gambar kartun bagi tujuan mengawal pemberian duit raya.

 

Menurutnya, penggunaan cop itu adalah perancangan jawatankuasa penganjuran
majlis bagi menghiburkan kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di Alor Setar, baru-baru ini.

 

( gambar hiasan)

 

“Malah cop yang digunakan itu adalah dakwat air yang mudah dihilangkan dan bukan dakwat kekal yang sukar dipadamkan, katanya seperti dilaporkan Malaysia Kini yang memetik Bernama.

 

Terdahulu, bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anina Saadudin dalam Facebook ‘Anina Saadudin’ menaikkan status mengecam Mukhriz .

 

Antara ditulis: “Rakyat tidak pandang pada duit RM 2 tetapi keseronokan berhari raya. Jika kanak-kanak nak ulang ambil RM 2 itu dua kali pun, apa beza dengan menjadi PM dua kali selepas berpencen 15 tahun?

 

Mohd Faizol berkata, hampir 6,000 kanak-kanak menerima sumbangan RM 5 bukannya RM 2 seperti didakwa individu berkenaan.

tamat

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.