Laporan:Saad Jata
ALOR SETAR-Hasrat UMNO mahukan Kedah semula boleh dilupakan setelah PAS menterjemahkan kekuatan mereka sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kedah malam tadi.
Kedah berdasarkan analisis semasa kekal milik PAS sekiranya PRU -16 berlangsung dalam masa terdekat dan parti itu akan terus mengukuh sekiranya PRU diadakan tahun depan atau 2028 sekalipun.
Kekuatan PAS khususnya di Kedah tidak dapat dinafikan lagi dengan gelombang Hijau dilihat mula menghantui kem PH-UMNO yang semakin goyah dengan masalah dalaman.
kehadiran puluh ribu ahli-ahli parti itu pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah Batu 9 malam tadi memberi signal cukup jelas rakyat masih menyakini parti itu menerajui Kedah.
Tidak timbul persoalan untuk 15 kerusi Parlimen di Kedah goyah atau jatuh, sebaliknya sangat cerah dimenangi termasuk merampas kerusi Parlimen Sungai Petani yang sekarang disandang oleh PKR-PH.
Sekiranya Kedah terus ditakluk, bacaan pada negeri jiran Perlis dan dua negeri milik mereka di Kelantan dan Terengganu akan memberikan jawapan yang Sama. PAS akan terus kekal mentadbir.
Fanomena gelombang Hijau yang stabil daripada perpecahan dalaman termasuk kesedaran pengundi Melayu dan berbilang majmuk mampu membadai dua lagi negeri utara iaitu Pulau Pinang dan Perak yang kedua-dua negeri itu semakin hampir jatuh kepada PAS.
Sementara PAS dicongak mampu membuat kejutan di Pahang, Selangor dan Melaka.
Dalam perkembangan berkaitan, Perak dilihat sebagai negeri paling rapuh dalam landskap politik semasa berdasarkan keputusan PRN 2023. Daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 24 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) 9 kerusi.
Kedudukan ini menjadikan Perak sebagai DUN tergantung (hung assembly) dengan jurang yang sangat kecil antara blok kerajaan dan pembangkang.
Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri yang terbentuk ketika ini masih bergantung kepada gabungan kerjasama politik, bukannya majoriti kukuh satu blok.
Pemerhati politik berpendapat bahawa Perak berada dalam keadaan sangat mudah terdedah kepada perubahan kerajaan, kerana hanya peralihan beberapa kerusi marginal sahaja sudah cukup untuk mengubah tampuk pentadbiran negeri.
Dengan perkembangan sokongan semasa kepada “Gelombang Hijau”, PAS dilihat berada dalam kedudukan yang lebih kompetitif di Perak sekaligus mentadbir negeri itu buat kali pertama selepas ini.
Di Pulau Pinang pula, walaupun masih dikuasai PH-BN, PAS-PN telah menunjukkan peningkatan kerusi yang ketara pada pilihan raya negeri lalu, menandakan persaingan semakin sengit dan jurang sokongan tidak lagi terlalu besar di beberapa kawasan tertentu.
RENTAS7 / FOTO: PAS Kedah








Leave a Reply