Cegah micro sleep demi insan tersayang

Datuk Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR– Persatuan Pertubuhan Aktivis Masyarakat Malaysia (PAMM) menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Sleep Apnea Malaysia dalam membantu menyelamatkan nyawa ramai pemandu daripada ‘micro sleep’ (terlelap seketika ketika memandu) dan kelesuan.

Pengerusinya, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, kerjasama dalam bentuk program kesedaran itu akan membantu orang ramai mencegah micro sleep.

Menurutnya, micro sleep adalah pembunuh senyap yang boleh terkena kepada sesiapa saja, lebih-lebih lagi ketika memandu dalam bulan Ramadan di waktu tengah hari.

“Data daripada pihak berkuasa menunjukkan seramai 76 orang terkorban di jalan raya dan lebuh raya hanya lama masa lima hari iaitu 1 Mac hingga 5 Mac.

Orang ramai yang mahu menyertai program berkenaan boleh merujuk poster ini

“Kemalangan-kemalangan yang sering berlaku antaranya melibatkan banyak faktor dan faktor micro sleep adalah paling bahaya,”katanya.

Mustaffa berkata, bahaya yang mengancam keselamatan diri dan orang ramai ini boleh dibendung sekiranya kita mengetahui cara-cara mengatasinya.

Justeru beliau berkata, program Pencegahan micro sleep dan kelesuan akan diadakan kepada orang ramai di Mereka@Publika Shopping Gallery pada 18 Mac depan. ( Maklumat lanjut pada poster tertera).

“Dalam program ini peserta akan didedahkan dengan apa itu micro sleep dan keseluan dan kaedah mengatasinya.

“Selain itu, peserta akan diberikan perkongsian tentang banyak lagi topik-topik yang akan membantu diri mereka memandu dengan selamat demi insan tersayang.

“Dengan yuran hanya RM 999, peserta yang mengikuti kursus ini disediakan perlindungan insuran sebanyak RM10,000 serta terapi mencegah micro sleep,”katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hubungi Proff Dr Louis di talian 0123275911.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.