Lebih 300 rumah DUN Kupang terjejas banjir kilat

Najmi kanan meninjau kawasan dilanda banjir kilat hari ini

BALING – Sebanyak 303 buah rumah membabitkan 23 kampung dalam DUN Kupang terjejas ekoran banjir kilat yang melanda di kawasan itu malam tadi.

Ia melibatkan 20 buah rumah di Kampung Teluk Merubi, Kampung Charok Kangar (12), Kampung Tanjung (13 Buah), Kampung Jerai (4), Kampung Pisang (3), Kampung Padang Lengkuas (5), Kampung Tiak (3), Kampung Kemangi (5) dan Kampung Padang Dan (3).

Kampung lain terlibat ialah Kampung Seberang Jaya (4), Kampung Bukit Tinggi (17), Kampung Bukit Legong (1), Kampung Sadek Tengah (1), Kampung Tanjung Merbau (13), Kampung Tanah Periuk (14) dan Kampung Jenalik (2).

Baki kampung terlibat ialah Kampung Ketemba (5), Kampung Banggol Cicar (15), Taman Mesra Fasa 2 (65), Kampung Hangus (9), Kampung Teluk Petata (14), Kampung Charok Rambai (2) dan 14 buah rumah di Kampung Pak Bong .

Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama pelbagai agensi kerajaan termasuk Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kupang dan DUN Bayu terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir.

Najmi tiga kiri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir

Pegawai Pertahanan Awam daerah Baling merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling (JPBD), Lt. (Pa) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, dua pusat pemindahan (PP) dibuka di Surau Misbah Hul Munir dan Surau An Nur Kupang.

“Pusat pemindahan di Surau An Nur dibuka pada jam 9.30 malam manakala di Surau An Nur Kupang dibuka jam 2 pagi.

“Semua PP dtutup sepenuhnya pada jam 11 pagi oleh Pegawai Daerah Baling merangkap Pengerusi JPBD Baling” katanya.

Banjir kilat yang telah surut digunakan penduduk untuk membersihkan rumah masing-masing pagi ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brig Jenaral (B) Datuk Najmi Ahmad turun padang menziarahi mangsa banjir terlibat.

Najmi berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menilai kerosakan sebelum kerajaan negeri menyampaikan bantuan sewajarnya.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam musibah ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.