Kucing dihempap kuat oleh lelaki “kereta mewah”

Rakaman yang menunjukkan lelaki itu menghempap kucing tersebut

KUALA LUMPUR– Seekor kucing yang tidak mengerti apa-apa dihempap ke jalan dengan kuat.

Tindakan kejam itu sanggup dilakukan oleh seorangĀ  lelaki berkereta mewah selepas melihat kucing tidak berdosa itu memanjat bahagian bonet kenderaan itu.

Kejadian dikatakan berlaku di Setapak Kuala Lumpur hari ini dan perbuatan kejam itu dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam rakaman itu, lelaki terbabit dilihat datang dari satu arah menuju ke kenderannya.

Sebelum masuk ke dalam kereta, dia mengambil dan menghempap haiwan itu hingga mengakibatkan kecederaan.

Sementara itu, Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia yang berkongsi video itu memaklumkan pemilik haiwan berkenaan telah membawa kucing malang itu ke Jabatan Perkhidmatan Vetarinar bagi mendapatkan rawatan.

Laporan polis akan dibuat pemilik tersebut setelah mendapat surat daripada jabatan terbabit.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.