Md Rayhan dilarang masuki Malaysia seumur hidup- JIM

KUALA LUMPUR-Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir diusir keluar dan disenarai hitam dari memasuki Malaysia buat selama-lamanya.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, JIM mengesahkan warganegara Bangladesh yang dikehendaki, Md Rayhan Kabir telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya.

Menurutnya, lelaki itu ditahan pada hari Jumaat, 24 Julai 2020 jam 5.45 petang, di Setapak Kuala Lumpur.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

“Warganegara Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat di atas usaha dan komitmen mereka.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/pihak-imigresen-tahan-md-ryhan-kabir/

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.