Saat-saat berpisah dengan ibu dan kakak

PATANI– Gambar kanak-kanak dijemput menaiki ambulans oleh petugas kesihatan Thailand selepas disyaki dijangkiti COVID-19 meruntun hati netizen negara ini.

Gambar tular itu menunjukkan saat-saat perpisahan kanak-kanak itu dipercayai dengan ibu serta kakaknya.

Mereka yang menatap gambar menyentuh hati itu mendoakan urusan keluarga itu dipermudahkan ALLAH.

Petugas kesihatan membuka pintu van untuk kanak-kanak itu masuk ke dalamnya

Netizen turut mendoakan kanak-kanak itu cepat sembuh seperti biasa.

Setakat hari ini, Thailand mencatatkan jumlah kes dijangkiti COVID-19 sebanyak 2733 kes, 47 kes meninggal dunia dan 1783 kes sembuh.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.