Umat Islam di Thailand sambut Aidiladha esok

Masjid Patani Darussalam

PATANI – Umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Menurut Pejabat Sheikul Islam Thailand, Aidiladha disambut pada 21 Julai memandangkan anak bulan Zulhijjah tidak kelihatan pada 10 Julai lalu.

Bagaimanapun di kawasan-kawasan tertentu, sebilangan umat Islam Thailand telah menyambut Aidiladha pada hari ini.

Dalam pada itu, pelaksanaan ibadah korban perlu dibuat dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Orang ramai yang tidak melakukan ibadah korban dilarang berkumpul di kawasan penyembelihan haiwan korban.

Syarat itu dilihat sukar dilaksanakan di kawasan kampung.

Begitupun, kerajaan tidak menetapkan had jumlah bagi penyembelihan haiwan korban.

Pelaksanaan ibadah korban di selatan Thailand setiap tahun meriah di setiap pelusuk kampung dengan jumlah yang banyak.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.