Keluarga pelajar kemalangan maut dapat perhatian JPN, KDGB Bikers

Ismail tengah dari kiri bersama beberapa ahli KDGB menyampaikan sumbangan amal kepada Mohd Zuki di rumahnya di Sidam Kiri.

KULIM– Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang pelajar Tingkatan Empat SMK Padang Serai, Siti Aishah Mohd Zuki, Jumaat lalu menarik perhatian ahli ahli kelab motosikal berkuasa tinggi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Kedah DG Bikers (KDGB).

Sebanyak RM820 wang tunai berjaya dikumpul dan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman, bersama beberapa orang ahli KDGB yang berkonvoi ke rumah tersebut yang terletak di Kampung Sidam Kiri, Sungai Petani, semalam.

Ketika ditemui Mohd Zuki Abdul Hamid 49 tahun melahirkan rasa syukur atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh ahli ahli KDGB yang sanggup membuat kutipan amal membantunya.

“Saya hanya bekerja sebagai buruh sahaja di sebuah kilang berdekatan. Sekurang kurangnya sumbangan seperti ini dapatlah membantu saya meringankan sedikit bebanan yang ditanggung, “katanya lagi.

Ismail tengah dari kiri
bersama beberapa ahli KDGB menyampaikan sumbangan amal kepada Mohd Zuki di rumahnya di Sidam Kiri.

Dalam kemalangan yang berlaku pada Jumaat lepas, Siti Aishah yang membonceng motosikal yang ditunggang oleh ibunya Fatahiyah Che Lat 46 tahun bergesel dengan sebuah lori di simpang lampu isyarat Ladang Victoria Padang Serai.

Siti Aishah tercampak dari motosikal dan dilanggar oleh lori tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala ibunya pula Fatahiah mengalami kecederaan patah tulang betis dan mengalami luka luka kecil.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.