PKP, Murid Berkeperluan Khas bersukan secara “online”

BALING– Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk bersukan.

Melalui program Virtual Run yang dianjurkan Program Pendidikan Kelas Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) 2021, seramai 21 MBK berjaya menamatkan cabaran berjalan 3,000 langkah, baru-baru ini.

Penolong Kanan Khas Pendidikan Khas, Siti Rosni Ahmad, berkata, program dianjurkan dalam talian itu bertujuan melahirkan MBK yang sihat dan cergas semasa PKP tanpa mengabaikan norma baharu.

Menurutnya, bukan sahaja guru dan murid, tetapi program turut disertai waris, pegawai Pejabat Pendidikan Dearah (PPD) dan masyarakat setempat.

“Program yang julung kali diadakan ini dilaksanakan tanpa bersemuka. Ia dilaksanakan melalui atas talian iaitu Google Meet sepanjang perjalanan program

“Syukur apabila program ini memberikan keseronokan belajar sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPDR),” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya progam seperti itu, hubungan di antara murid, waris dan guru serta komuniti setempat bertambah erat .

Sementara itu, Penolong Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pendidikan Khas Daerah Baling, Abd Aziz Samad memuji inisiatif diambil pihak sekolah.

Menurutnya, pentadbiran PPKI SK Siong di bawah Rosni Ahmad begitu kreatif dan berfikir jauh ke hadapan dengan mengadakan program seumpama ini.

“Program ini mampu melahirkan kemenjadian MBK dan ia juga dapat memberi idea baru kepada seluruh warga pendidik di luar sana,” katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.