Isu LTTE: Pas dan UMNO 2 × 5

 

KUALA LUMPUR– Pas dan Ummo hanya berani bersuara ke atas PH dalam isu kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE), tetapi dua parti itu “diam” terhadap rakan sekutu MIC, bagi perkara sama.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, berkata, kedua-dua parti itu dianggap sama sahaja dan lebih berminat bermain politik dan sentimen.

“Kegagalan Pas dan Ummo bersuara ke atas ‘rakan sekutu’ mereka ini, tetapi mereka bersuara ke atas PH sahaja dalam isu LTTE membuktikan mereka “2×5” sahaja.

“(Pas dan Ummo) lebih berminat bermain politik dan memainkan sentimen berbanding bersuara ke atas sesuatu yang melibatkan keselamatan negara,”katanya dalam catatan Facebook dan Twitter miliknya, semalam.

Pendakwah itu tampil bersuara susulan kesediaan MIC yang mahu menyediakan bantuan guaman percuma kepada lima individu ditahan polis kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan LTTE.

Firdaus berkata, ketika ahli politik Melayu terus layu dibuai mimpi kuasa dan jawatan, DAP dan MIC pula berlumba pertahankan suspek pengganas LTTE yang ditahan di bawah Akta Kesalahan dan Keselamatan 2012 (SOSMA).

“Menang sorak ‘kampung’ tergadai. Maruah yang dilaungkan sekadar slogan dan retorik penyedap telinga para peminat.

“Umpama ngauman singa yang menakutkan tetapi tidak bertaring dan berdaya membaham mangsanya,”katanya.

Tambahnya, beliau sedang menanti apakah respon kedua parti itu berkaitan kesanggupan MIC membiayai kos guaman untuk suspek LTTE, serta kenyataan Presiden MIC yang senada dengan Menteri Perpaduan, Waythamoorthy.

Laporan media berhubung isu tersebut

Terdahulu, Khidmat guaman percuma ingin disediakan MIC kepada lima tahanan LTTE di negara ini dilaporkan media.

 

 

 

Rentas7.com

Photo: The Vocket

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.